Hai korang, hari tu kemain lagi aku cakap nak tulis blog kan? Tapi sampai sekarang habuk pun tarak. Tetiba petang ni mood nk menulis tu datang.
Hah, harini aku nak cakap pasal kelebihan minum air lemon yang dicampur dengan madu. Aku sebelum ni tak pernah ambil tahu pun pasal kesihatan ni. Main redah ja makan apa pun. Tapi bila dah besar, dah alami macam2 sakit mula la dah pandai nak jaga kesihatan.
Aku pernah la try minum lemon suam tanpa gula. Mula-mula minum memang la sedap, tetapi bila dah lama aku rasa macam nak muntah pula. Rasa kelat-kelat tu yang aku tak tahan tu. Jumaat tadi la bos aku suggest suruh ambil lemon dengan madu. Aku pun cuba, sedap betul! Korang kena cuba.
Alahan yang aku alami disebabkan 1 produk kecantikan pun dah semakin kurang sejak aku amalkan minum lemon dengan madu. Bukan cakap kosong ja tau, minum air lemon dengan madu ni banyak khasiat dia.
Antara khasiat yang aku pernah baca jika kita amalkan minuman lemon madu ni ialah:
1. Mengawal Keradangan.
Sesuai untuk sesiapa yang mengalami keradangan pada kulit sehingga menyebabkan kemerahan dan gatal-gatal pada anggota badan. Lemon bersifat antiseptik dan juga anti keradangan yang mampu membersihkan dengan baik. Selain dari minum, hampa boleh sapukan lemon dan madu ini ditempat yang sakit. Insyaallah dengan izin Allah keradangan tersebut dapat pulih atau pun dikurangkan.
2. Turunkan Berat Badan.
Sesiapa yang ingin sangat menurunkan berat badan, boleh la mengamalkan pengambilan air lemon madu setiap hari. Hampa boleh minum secara suam atau pun sejuk. Kalau aku lebih suka minum secara suam, sebab sedap sangat. Tapi terpulang kepada citarasa masing-masing.
3. Lawaskan Sistem Penghadaman.
Aku memang ada masalah sembelit. Memang aku tension sangat sebab susah nak membuang. Kadang-kadang tu sampai rasa kembung perut la sebab dah banyak hari tak membuang. Haha. Jadi air lemon ni dapat melegakan masalah seperti sembelit dan tak lupa juga cirit-birit.
Baru tulis 3 kebaikan aku dah rasa penat. Harap info yang aku bagi ni dapat berikan kebaikan kepada hampa semua la noh. Aku baru start nak menulis memang macam ni la. Terkia-kial sikit. Aku akan belajar perlahan-lahan menulis secara baik lagi lepas ni ye. Bye semua!