Hai korang, hari tu kemain lagi aku cakap nak tulis blog kan? Tapi sampai sekarang habuk pun tarak. Tetiba petang ni mood nk menulis tu datang.
Hah, harini aku nak cakap pasal kelebihan minum air lemon yang dicampur dengan madu. Aku sebelum ni tak pernah ambil tahu pun pasal kesihatan ni. Main redah ja makan apa pun. Tapi bila dah besar, dah alami macam2 sakit mula la dah pandai nak jaga kesihatan.
Aku pernah la try minum lemon suam tanpa gula. Mula-mula minum memang la sedap, tetapi bila dah lama aku rasa macam nak muntah pula. Rasa kelat-kelat tu yang aku tak tahan tu. Jumaat tadi la bos aku suggest suruh ambil lemon dengan madu. Aku pun cuba, sedap betul! Korang kena cuba.
Alahan yang aku alami disebabkan 1 produk kecantikan pun dah semakin kurang sejak aku amalkan minum lemon dengan madu. Bukan cakap kosong ja tau, minum air lemon dengan madu ni banyak khasiat dia.
Antara khasiat yang aku pernah baca jika kita amalkan minuman lemon madu ni ialah:
1. Mengawal Keradangan.
Sesuai untuk sesiapa yang mengalami keradangan pada kulit sehingga menyebabkan kemerahan dan gatal-gatal pada anggota badan. Lemon bersifat antiseptik dan juga anti keradangan yang mampu membersihkan dengan baik. Selain dari minum, hampa boleh sapukan lemon dan madu ini ditempat yang sakit. Insyaallah dengan izin Allah keradangan tersebut dapat pulih atau pun dikurangkan.
2. Turunkan Berat Badan.
Sesiapa yang ingin sangat menurunkan berat badan, boleh la mengamalkan pengambilan air lemon madu setiap hari. Hampa boleh minum secara suam atau pun sejuk. Kalau aku lebih suka minum secara suam, sebab sedap sangat. Tapi terpulang kepada citarasa masing-masing.
3. Lawaskan Sistem Penghadaman.
Aku memang ada masalah sembelit. Memang aku tension sangat sebab susah nak membuang. Kadang-kadang tu sampai rasa kembung perut la sebab dah banyak hari tak membuang. Haha. Jadi air lemon ni dapat melegakan masalah seperti sembelit dan tak lupa juga cirit-birit.
Baru tulis 3 kebaikan aku dah rasa penat. Harap info yang aku bagi ni dapat berikan kebaikan kepada hampa semua la noh. Aku baru start nak menulis memang macam ni la. Terkia-kial sikit. Aku akan belajar perlahan-lahan menulis secara baik lagi lepas ni ye. Bye semua!
Pabila Jariku Menari.......
Ahad, 23 Oktober 2016
Khamis, 23 Jun 2016
Rabu, 22 Jun 2016
SEGALANYA BERMULA DI SINI.....
Assalamualaikum. Hai semua, rupanya dah lama sungguh aku tak bukak blog aku ni. Mana tidaknya, dulu aku buat blog sebab terpaksa. Haha. Dipaksa dan terpaksa buat demi memenuhi syarat permarkahan untuk subjek PENERBITAN ELEKTRONIK masa aku belajaq kt UPM dulu. Suka ka tak suka ka aku kena buat jugak blog ni. Kalau dak tak dak la markah. Hehe..
Tah, aku pun tak tau kenapa tetiba ja terbukak hati nak menulis balik. Bukan perhatian yang aku harapkan. Cewahhhh.. ayat gedik gituuuu..
Aku dan mula berazam nak start menulis balik la kt blog. Banyak benda yang aku nak story. Tapi pelan-pelan aku update nanti ye. Banyak betul pengalaman yang terpaksa aku tempuh lepas aku tamat belajaq.
Segalanya bermulaaaaaaa.............................
Kita tunggu entry yang seterusnya hokeh, Aku nak update pasal satu produk kecantikan ni. Sebab produk ni la aku hidup dalam kemurungan. Aku tegaskan lagi, KEMURUNGAN !!!!
Hokey kita sambung next entry k..
Selasa, 12 November 2013
Diari Anak Utara
Saya Wan Nur Armiza Shaffinaz Binti Meor Mohd Ariffin merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik. Saya mempunyai seorang adik lelaki dan juga seorang adik perempuan. Kami tiga beradik mempunyai nama yang sangat panjang di mana, adik lelaki saya diberi nama Meor Mohd Nurhafizal Bin Meor Mohd Ariffin dan adik bongsu saya pula, Wan Nur Atiqah Shaffinaz Binti Meor Mohd Ariffin.
Saya lahir pada 26 Mac 1991 di Taiping, Perak. Semasa darjah 1 saya telah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Namun begitu, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya tidak memuaskan dan tidak layak untuk meneruskan pengajian dalam bidang sains. Saya telah memohon untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma di IPTA, namun permohonan saya gagal. Saya berasa sangat kecewa ketika itu kerana ramai kawan-kawan saya telah berjaya untuk belajar di IPTA.
Oleh itu, demi memujuk hati yang kecewa, saya telah menyambung pengajian pada peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dalam aliran sastera. Saya tidak dicalonkan di dalam senarai pelajar target, namun saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Alhamdulillah, selepas keputusan STPM keluar, saya telah mendapat anugerah pelajar cemerlang STPM pada tahun 2010.
Hasil keputusan yang memberangsangkan, saya telah memohon untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat degree. Alhamdulillah, permohonan saya telah diterima untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia iaitu Bacelor Komunikasi major Kewartawanan. Impian saya pada masa akan datang adalah untuk menjadi seorang editor yang berwibawa dan terkenal. Mudah-mudahan.
Saya lahir pada 26 Mac 1991 di Taiping, Perak. Semasa darjah 1 saya telah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Namun begitu, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya tidak memuaskan dan tidak layak untuk meneruskan pengajian dalam bidang sains. Saya telah memohon untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma di IPTA, namun permohonan saya gagal. Saya berasa sangat kecewa ketika itu kerana ramai kawan-kawan saya telah berjaya untuk belajar di IPTA.
Oleh itu, demi memujuk hati yang kecewa, saya telah menyambung pengajian pada peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dalam aliran sastera. Saya tidak dicalonkan di dalam senarai pelajar target, namun saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Alhamdulillah, selepas keputusan STPM keluar, saya telah mendapat anugerah pelajar cemerlang STPM pada tahun 2010.
Langgan:
Catatan (Atom)