Saya lahir pada 26 Mac 1991 di Taiping, Perak. Semasa darjah 1 saya telah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Namun begitu, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya tidak memuaskan dan tidak layak untuk meneruskan pengajian dalam bidang sains. Saya telah memohon untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma di IPTA, namun permohonan saya gagal. Saya berasa sangat kecewa ketika itu kerana ramai kawan-kawan saya telah berjaya untuk belajar di IPTA.
Oleh itu, demi memujuk hati yang kecewa, saya telah menyambung pengajian pada peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dalam aliran sastera. Saya tidak dicalonkan di dalam senarai pelajar target, namun saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Alhamdulillah, selepas keputusan STPM keluar, saya telah mendapat anugerah pelajar cemerlang STPM pada tahun 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan